Make your own free website on Tripod.com

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SMKA PEDAS

 

KENALI DIRI ANDA

MELALUI

 

 

Kaunselor Anda

NOOR HILMIWATY BT ALIAS

B. Econ (H) – UUM

Dip. Ed. – UIA

Dip. Psikologi (Kaunseling) - UKM

 

Pembantu Kaunselor

Pn Rohaida Dato Raja Mohd. Dom

 

Waktu Kaunseling

8.00 PAGI – 4.00 PETANG

 

Buat temu janji dengan kaunselor anda

& Rujuk jadual waktu kaunselor anda

 

 

APAKAH OBJEKTIF PERKHIDMATAN

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

 

Perkhidmatan bertujuan menolong anda untuk :

 

3 mengenal dan memahami diri sendiri tentang kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri.

3 membuat penyelesaian peribadi, sosial, akademik, emosi dan kerjaya dengan persekitaran di dalam dan di luar sekolah.

3 mendedahkan bakat, minat dan kelebihan-kelebihan diri yang terpendam untuk meningkatkan konsep kendiri.

3 berfikir secara rasional dan bertindak secara berkesan di dalam membuat keputusan untuk mengatasi persoalan-persoalan yang dihadapi.

3 membentuk tabiat membiasakan belajar dengan baik dan berkesan.

3 membentuk ciri-ciri akhlak yang baik untuk menjadi warganegara yang berguna.

3 merancang masa hadapan yang sesuai dengan kemampuan dan matlamat hidup.

3 belajar menghargai sumbangan dan jasa ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan.

 

 

APAKAH DIA PERKHIDMATAN

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

 

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah perkhidmatan disediakan khusus untuk menolong dan membimbing para pelajar yang mangalami masalah di dalam proses pertumbuhan dan perkembangan diri sendiri untuk mencapai matlamat hidup.

Perkhidmatan ini memberi bimbingan dan pertolongan dalam bidang :

peribadi

perlakuan yang tidak laras, pendiam, susah hendak bergaul, selalu berpandangan negatif

perkembangan pelajaran

perancangan masa hadapan

kaedah pembelajaran yang lebih berkesan

penyalahgunaan dadah

keluarga

kerjaya

 

BAGAIMANA PERKHIDMATAN INI

DIJALANKAN

 

Perkhidmatan ini dijalankan secara kaunseling individu atau kaunseling kelompok.

KAUNSELING INDIVIDU ialah pertemuan anda dengan kaunselor anda

KAUNSELOR KELOMPOK ialah pertemuan anda dengan beberapa rakan yang mempunyai persoalan yang sama dengan kaunselor anda.

 

KENAPA ANDA PERLU BERJUMPA

KAUNSELOR

 

Saya perlu berjumpa kaunselor sekiranya saya …….

3 susah menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran.

3 tidak tahu cara-cara belajar yang berkesan.

3 mengalami masalah emosi dan kerungsingan fikiran.

3 mengalami perasaan rendah diri

3 kurang keyakinan dan kemampuan diri sendiri

3 sukar berhubung dengan guru-guru dan rakan-rakan di sekolah.

3 bimbang dan khuatir untuk menghadapi masa hadapan.

3 perlu mendapat maklumat berkaitan dengan pelajaran dan pekerjaan.

3 ingin pengalaman dan pengetahuan menghadapi temu duga selepas tamat persekolahan.

3 tidak kenal siapalah saya yang sebenarnya.

 

DIMANAKAH PERKHIDMATAN KAUNSELING DIJALANKAN ?

 

Pertemuan anda dengan kaunseling akan diadakan di dalam bilik kaunseling yang selesa.

 

KAUNSELOR ANDA

ADALAH SEORANG YANG:-

 

sedia mendengar semua persoalan anda.

menerima anda tanpa syarat.

menerima dan merahsiakan apa yang ada perkatakan.

menghormati anda sebagai individu.

sedia berjumpa anda bila-bila masa.

 

‘ JANGAN BERLENGAH LAGI,

BUAT TEMU JANJI ANDA

SEKARANG’

 

sila klik

 WB01337_.gif (904 bytes)

untuk kembali ke Main BnK