Make your own free website on Tripod.com

UNIT BIMBINGAN &  KAUNSELING

BS00865A.gif (2933 bytes)

      Sejak tahun 1998 lagi,Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKA Pedas atau dikenali sebagai BnK sahaja telah menonjolkan ketrampilan nya dibawah pimpinan kaunselor yang professional,Cik Hilmiwaty Binti Alias dan dibantu oleh Puan Rohaida Binti Dato' Raja Mohd Dom serta para Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang berkaliber.

     BnK telah tampil di mata umum warga SMKA Pedas dengan membawakan program-program mega mahupun program-program biasa di SMKA Pedas sama ada melibatkan pihka luar atau warga SMKA Pedas sendiri.

     BnK memainkan peranan dalam memenuhi keperluan warga SMKA Pedas selaras dengan visi sekolah "Menjana Generasi Cemerlang Di Dunia,Sejahtera Di Akhirat,SMKAP Boleh!".Unit ini sepakat dalam membina,membentuk dan mentarbiyah warga SMKA Pedas untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan di dunia serta membimbing dan merangsang mereka untuk mencapai kesejahteraan di akhirat dengan pendekatan yang baru dan lebih menarik.

     BnK mengambil alternatif lain dalam membimbing warga SMKA Pedas dengan pendidikan secara tidak langsung melalui program rekreasi atau program luar pintu agar warga SMKA Pedas dapat dibimbing dalam keadaan yang lebih selesa.Dengan alternatif ini,nyata BnK berjaya membimbing warga SMKA Pedas ke arah sahsiah yang cemerlang serta kepimpinan yang tinggi dan secara tidak langsung juga telah menjadi salah satu unit yang terpenting di SMKA Pedas.

Barblue.gif (11170 bytes)

Barblue.gif (11170 bytes)

Buat warga SMKA Pedas....

 

sila klik

smiledraw.gif (1481 bytes)

untuk pesanan dari bilik BnK